Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Polis Marin Sabah Rampas Rokok Bernilai RM2 5j

Polis Marin Sabah Rampas Rokok Bernilai RM2 5j


KOTA KINABALU – Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua hari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata rampasan rokok jenis EKA Merah dan Hijau itu merupakan rampasan terbesar pasukan berkenaan tahun ini.

“Dalam serbuan 4 pagi itu tidak ada sesiapa di premis berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati penyeludup mengumpul rokok-rokok yang dibekalkan oleh beberapa individu di stor penyimpanan sebelum mengedarkannya kepada pelanggan.

“Dipercayai bahawa rokok jenis ini (EKA) akan menggantikan rokok jenis ERA yang berada di pasaran ketika ini,”katanya. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar