Kamis, 26 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » Doktor rugi RM300 000

Doktor rugi RM300 000


SUNGAI BESAR – Seorang doktor sebuah klinik swasta di sini, mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila rumah teres dua tingkat miliknya dekat Sungai Besar, di sini, di pecah masuk, kelmarin.

Ketua Polis  Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa tiada di rumah selama dua hari dan hanya disedari ketika mangsa pulang semula ke rumah berkenaan.
Menurutnya, mangsa bersama keluarga yang tiba di rumah kira-kira jam 3.45 petang Isnin lalu, terkejut apabila mendapati beberapa barangan berharga yang ditinggalkan dalam rumah telah hilang dikebas perompak.
“Mangsa yang masuk ke dalam rumah terkejut apabila mendapati jongkong emas seberat satu kilogram dan barang kemas perhiasan yang diletakkan dalam peti besi hilang dilarikan perompak,” katanya.

Selain itu, katanya, antara barangan lain yang turut dirompak adalah wang tunai; pasport mangsa, isteri dan anak; komputer riba jenis Asus; tujuh jam tangan pelbagai jenama; dan empat buku akaun bank.

Noor Mushar berkata, suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan memanjat pintu pagar elektrik hadapan dan kemudiannya bertindak mengopak pintu kayu rumah sebelum masuk masuk ke dalam rumah.
“Rumah mangsa tidak dilengkapi pagar besi memudahkan suspek memecah masuk. Dipercayai suspek membawa barangan yang telah dicuri dan melarikan diri melalui pintu belakang rumah terbabit,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat perkara itu dan meminta mana-mana pihak yang mendapat maklumat mengenai kejadian terbabit tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 03-3224 2222.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan – Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar