Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Pahang Siap Sedia Hadapi Banjir

Pahang Siap Sedia Hadapi Banjir


KUANTAN – Kerajaan Pahang sudah bersedia menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri itu bermula hujung bulan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, sebanyak 579 pusat pemindahan dikenal pasti dengan 60 peratus merupakan bangunan sekolah.

Selain itu, barangan keperluan seperti makanan akan ditempatkan di 73 pangkalan hadapan bermula 18 Nov ini, membabitkan peruntukan RM1.2 juta, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Pahang di sini, semalam.

“Sebanyak 6,000 petugas daripada 14 jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung telah bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya.

Muhammad Safian berkata arahan pembekuan cuti untuk penjawat awam di negeri itu juga telah dikeluarkan mulai hari ini hingga 15 Jan depan.

Menurutnya kerajaan negeri juga mengenal pasti 4,208 wanita hamil di kawasan terjejas banjir yang dijangka bersalin dalam tempoh itu.

Mereka ini serta kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya akan diberi lebih tumpuan sepanjang menghadapi bencana banjir, katanya. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar