Minggu, 29 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
anak
»
dera
»
dipenjara
»
hingga
»
mati
»
pendakwah
»
Pendakwah Dipenjara Dera Anak Hingga Mati

.jpg)
Pendakwah Dipenjara Dera Anak Hingga Mati

Arab Saudi – Seorang pendakwah yang sering muncul di kaca televisyen di negara berkenaan, dipenjara lapan tahun dan sebat 600 kali selepas didapati bersalah mendera anak perempuannya yang berusia lima tahun hingga menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Fayhan al-Ghamdi, didakwa menyebabkan kematian Lama al-Ghamdi selepas kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah termasuk retak di bahagian tempurung kepala, kuku jari dicabur, mengalami patah tangan dan turut melecur teruk akibat dibakar.
.jpg)
Terdapat juga laporan budak malang itu dirogol, namun ia dinafikan ibunya.
Sementara isteri kedua Fayhan, dipenjara 10 bulan dan 150 sebatan selepas didapati bersalah terlibat dalam jenayah berkenaan.
Kes berkenaan mengejutkan dunia selepas Fayhan dibebaskan oleh mahkamah pada awal bulan lepas, selepas hanya beberapa bulan dipenjara.
Ibu Lama, dalam satu temubual dengan CNN pada bulan Februari lalu berkata, dia mahukan keadilan supaya dapat melelapkan mata dengan tenang.
Sejak itu wanita berkenaan memulakan kempen untuk memaksa mahkamah di Hawta menambah hukuman ke atas suaminya.
Keadaan ini menyebabkan mahkamah sama mengkaji semula hukuman yang dikenakan ke atas Fayhan.
Terdapat satu laporan bahawa Fayhan bersetuju membayar pampasan`wang darah’ sebanyak $50,000 dan wang itu dipercayai diberikan kepada ibu Lama.
Awal tahun ini, kumpulan aktivis Women to Drive mendakwa Fayhan pernah meragui dara anaknya itu dan telah membawa budak berkenaan untuk pemeriksaan perubatan.
Dalam pada itu, seorang pekerja sosial di sebuah hospital yang bertugas ketika Lama dimasukkan ke hospital berkata, anak kecil itu didera dengan teruk dan dirogol berulang kali.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar